Karyaneka ditubuhkan pada tahun 1982 dimiliki penuh oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Fungsi utama penubuhan Karyaneka adalah untuk memasarkan produk kraf tempatan daripada usahawan kraf seluruh negara. Karyaneka juga memberi khidmat pembekalan hadiah dan cenderamata korporat kepada badan-badan kerajaan dan swasta. Karyaneka mempunyai kepakaran di dalam membangunkan dan membekalkan produk tempahan khas mengikut keperluan pelanggan terutamanya bagi seminar yang melibatkan peserta dalam negera dan antarabangsa. Selain itu, Karyaneka telah mengembangkan sayapnya untuk memasarkan produk kraf ke pasaran global melalui kedai atas talian (online store).